Awak suka saya tak?


sebelum ni aku dah bce banyak novel
tapi ni lah satu satunya novel yang buat aku
rasa nak baca lagi lagi dan lagi.
first novel yang buat aku rasa jatuh cinta dengan
watak hero : .

MUHAMMAD HILMAN YONG ABDULLAH

a.k.a.

DAMIEN YONG TEIK WAH

Dan rasa cemburu dengan watak heroin : .

PUTERI INTAN ZULAIKHA

bayangkan jela, aku dapat habiskan novel yang gila tebal ni dalam masa 3 hari. pastu ulang baca lagi. tapi sekarang dah tak boleh nak ulang baca sebab novelnya dah pada orang lain. sob sob. bukan novel aku pun. novel kawan aku punya mak. so, tiba tiba je semangat berkobar kobar nak beli novel tu. tapi tak tahu la bila. tak pela redha jela. aq dah khatam dua kali tu pun dah kira okay. 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…




" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
The best part of this novel is that its not all about love. Indirectly, you will also learn something about horse-care. Like serious weh. haha. And plus, you will also go in depth with Hilman's feelings, struggles in keeping his religion, Islam. You will be left mesmerized at how a mualaf is a better muslim than those who are muslim by birth. Y'know, people always take whatever they have for granted until they lose 'em. Sebab tu lah orang yang usaha untuk dapatkan sesuatu akan lebih menghargai benda tu lepas dia dapat cause they knew what they have to go through to get that thing. Compare dengan orang yang senang2 dapat. Tahap penghargaan tu takkan sama. K, nuff said. I've spilled too much information. hahaha.

Seriously, I highly recommend this novel to those novel's lover. Trust me, you won't regret it. mood pun asyik swing je :p. hehehe. tu aku la. baca baca sikit, stop then berangan, perasan yang aku ni Intan Zulaikha. haha tak boleh belah. k la. dah nak maghrib. so adios :)


xoxo AE

Comments