Trip Bumi KIMCHI #2

Assalamualaikum and greetings, earthling :)

In shaa allah entri kalini aku akan sambung itinerari penuh di Korea. So without further ado, lets dive in.



An overnight flight with MAS

Day 1 (1/8/2016)



Kitorang touchdown di Incheon International Airport pada 7.15 pagi. Memandangkan kitorang guna perkhidmatan agen perlancongan aka travel guide, so proses untuk ke tempat penginapan amatlah mudah. Keluar je dari airport, Kak Syahira(our tour guide) dah pun sedia menunggu kedatangan kitorang. Macam yang aku dah mention dalam entri yang lepas, kitorang memang guna public transportation untuk bergerak. Dari Incheon ke Shinchon, kitorang naik bas. Sejam lebih jugakla perjalanan nak ke tempat penginapan tu. 



Reception cum Information counter

Bilik tidur
Toilet
Communal kitchen



DISCLAIMER: Gambar2 ni semua bukan aku yang ambil. Semua sumber dari sini. hehe lupa nak amik gambar. Yang bestnya dekat communal kitchen sini, host ada sediakan utensil khas utk muslim dalam kabinet yang berbeza. Setiap pan, cawan, sudip dan sebagainya tu akan ade tag "for Muslim used only". So in shaa allah tak bercampur dengan masakan yang haram. Dapur dan tempat makan dekat basement. Ada juga washing machine dan tempat penyidai baju disediakan.

Lepas je check in, kitorang terus ke Itaewon untuk lunch dan solat. Kitorang lunch di Makan Restaurant. Masya Allah sedapnya tak terkata. Masing2 teruja makan makanan Korea. hahaha.


Side dish
Bulgogi

Seoul Central Mosque


Off to N Seoul Tower
Namsan Tower
Nak ke Namsan Tower tu kena mendaki bukit sikit. Yelah dah menaranya tu pun atas bukit. Boleh tahan berpeluh jugak sepanjang pendakian ke Namsan Tower. Waktu nak turun ke bawah, awal awal lagi aku da give up. Mintak simpati Kak Syahira nak naik cable car. Bila naik cable car je automatik teringat cerita Boys Over Flower. Teringat waktu Jandi dengan Junpyo stuck dalam cable car. Pastu berangan sendiri nak cari "Junpyo aku". Hampeh sungguh perangai lewls.




Takdenya macam BOF. Macam sardin bersesak adela

Banyak jugak attraction dekat Namsan Tower ni. Antara yang famous of course la padlock yang berlambak keliling menara. Dalam menara pun banyak attraction yang menarik. Antaranya ada photo booth dengan virtual K-Idol which for sure membuatkan aku teruja! Kalau korang ada rezeki jejak kaki kat sini, boleh la explore the tower ;) Untuk dinner, kitorang makan di kedai ikan bakar.

Padlock everywhere
Jiyong oppa! Kyaaa



Day 2 (2/8/2016)

Hari kedua ni basically hari untuk shopping. Kebanyakan souvenir aku beli dekat E-Lenggdang  Accessory Market. Tempat ni dekat area Namdaemun Market jugak. Souvenir macam brooch, set sudu and chopstik besi korea, fridge magnet, keychain dan banyak lagi semuanya sangat sangat sangattt murah. Aku cubalah bandingkan harga dengan tempat lain, dan yang paling murah aku jumpa memang dekat pasar ni. Myeongdong, Dongdaemun pun kitorang pergi jugak. Tapi kat sini  kitorang just beli barang macam skin care, make up, baju, bag je. Memandangkan waktu kitorang pegi tu waktu musim panas, kiri kanan kedai tengah sale. Masing masing kena kuatkan iman supaya tak boros berbelanja. Lagipun baru hari kedua kot!

Waktu dekat main road Myeongdong, Kak Syahira bagi tips untuk dapatkan barang free dari kedai. hahaha. Walaupun hakikatnya aku tak guna sangat pun skin care/make up korea tapi tetap gagahkan diri rebut peluang keemasan. Free item, sapa je tak nak. lol. Tipsnya ialah masuk je setiap kedai sama ada kau nak beli atau tak and amik bakul kecik(yang guna untuk letak barang kita nak beli). Sebabnya? Sebab dalam setiap bakul tu ada FREE SAMPLE! Masuk kedai, jalan tengok2 sikit. Then sebelum keluar pulangkan bakul, amiklah free sample tu. hahahah free sample set skincare, free sheet mask, free toner, free lotion, free serum. In the end of the day, setiap brand yang ada kat situ aku berjaya kutip free sample diorg. Berjaya dapat 5 sheet mask tau dari brand berbeza. Tapi better kalau kau masuk kedai tu sorang2. Sebab kalau masuk berkumpulan, dia hanya akan bagi satu bakul je. Kang bergaduh pulak dengan kawan kawan sebab nakkan free sample yang satu tu.


Namdaemun Market

Myeongdong.
P/s: Payung tu aku pinjam dari hostel bukan bawak dari Malaysia tau

H I P S T E R and C U T E

C A T Cafe!


Nano dan cubaanya menjadi dak hipster


Kitorang lunch di Yoogane Restaurant, Myeongdong. Makan nasi goreng korean style. Kitorang amik set nasi and ramen. Pekerja dia akan bawak segala bahan dan masak depan kita. Lepas siap, makan time panas panas tu. Fuh dia punya nikmat...

Oppa chef bagi "hearteu"
Untuk dinner kitorang makan jajangmyeon dekat area universiy Kak Syahira(Korean University). Kalau ikut pakej kitorang akan makan tempat lain, tapi masing masing buat muka seposen request nak makan jajangmyeon. Rasa tak lengkap trip ke Korea kalau tak makan jajangmyeon. hahaha. Nasib la tour guide ikutkan je. Sesuka hati kitorang je ubah itinerari. Jajangmyeon yang kitorang makan ni kurang 'kick' sebab dia tak masak guna beef/pork broth. Kiranya kitorang makan jajangmyeon vegetarian la. Kitorang tak makan yang beef sebab tak diyakini status halalnya. Veg pun veg la. Nak merasa punya pasal. Before balik hostel, kitorang singgah kampus kejuruteraan KU jap untuk tumpang solat dekat common room student Islam. 

U N B O T H E R E D

Day 3 (3/8/2018)

Hari ketiga ialah free day. Maksudnya kitorang bebas nak kemana mana sahaja tanpa guide. Jadi untuk free day ni kitorang berempat decide untuk pergi ke Bukchon Hanok Village untuk tengok rumah tradisional korea. Memandangkan memasing tak reti cakap hangul, kitorang da mintak direction daripada Kak Syahira awal awal lagi. Untuk lunch, Kak Syahira suggest kitorang makan dekat Lotteria. Macam mana kitorang order? Of course la da prepare translation bertulis daripada Kak Syahira. Nama je free day tapi hakikatnya masih bergantung pada tour guide(indirectly).


Memandangkan Kak Syahira hanya bagi direction untuk turun naik train, sampai kat Bukchon kitorang bergantung sepenuhnya kepada Google maps dan peta yang kitorang amik dari Tourist centre. Awal awal tu takut jugak nak jalan sendiri. Sesat dan salah jalan jangan cakap la. Tapi alhamdulillah selamat sampai ke pangkal jalan. 

Untuk sapa2 yang tak tahu, Lotteria ni fastfood chain macam McD, KFC and etc. Oh ya, kalau makan dekat sini jangan lupa kemas meja lepas makan. Self-service. Jangan pulak bawak perangai pemalas kau dan biar sampah makanan atas meja. 

Waktu malam pulak kitorang keluar and jalan jalan area hostel. Best sebab sekeliling tempat tinggal kitorang tu memang banyak kedai2 baju, convenient store semua. Tapi bila nak balik sesat lagi. hahahaha. Berpusing pusing kat tempat sama. Geografi Seoul ni berbukit bukau tau dan semua bangunan tinggi tinggi. So memang senang keliru and salah masuk jalan. 


*****

Okay memandangkan entri kali ni dah drag panjang sangat, itinerari untuk 3 hari lagi akan disambung dalam bahagian 3. Well, I know that earlier I said that I'll be sharing the full one-week itinerary, but I cant let this entry be too long. Oleh itu, marilah sama sama doakan agar Nur Ashikin Emran diberikan masa dan kesempatan untuk menulis lagi okay!

Lots of Love, AE

Comments