Evening y'all.


Assalamualaikum and greetings, earthlings.

Tetiba pulak rasa rajin macam nak update blog pada petang yang indah ini. Acewah berpuitis gitu. Life is full of surprise kan. Td time nak baca buku malas sangat tetiba bukak laptop eh TERrajin pulak nak update blog. haha lol sangat alasannye tu. Sebenarnya baru lepas baca entry2 yang lama tu. Alah entry masa zaman jahiliah tu. Ya Allah malunya bila dibaca balik. I even question myself, "Eh aku tulis macam ni ke dulu?" Malunya subhanallah rasa macam nak tampar tampar diri sendiri ni sebab tak matang sangat. Nama pun zaman jahiliah kan memang nampak la jahiliahnya tu.

So dari tadi duk jenuh revert those entries to draft. Malu punya pasal. Bila baca tu rasa macam "Dah kenapa seh aku tulis macam ni. Takde keje lain ke?" Tulah kalau tulis tak berlandaskan ilmu. Pakai hati. Ikut rasa. Memang tulah jadinya. Dengan post yang emo memanjang. Post luahan perasaan. Post marah tak tentu pasal. Maaf la pada sesiapa yang dah terbaca and rasa nak muntah.  Haha. dulu rasa epic gila dapat tulis macam tu. Rasa hebat habis la senang cerita. Tapi, hakikatnya? Maafkan lah hamba yang carca merba ni ye :)

In shaa allah from now onwards, saya akan cuba tulis dengan cemerlangnya sampai Cikgu Azizah yakni Guru BM saya masa Form 4 & 5 akan mengalirkan air mata terharu kerana entry saya nampak berilmiah dan matang. Tapi tak janjilah. Bak kata Sasa, "kau ni matang sekejap je, yang lainnya memanjang Ribena." huhu. Maafkan patik. Patik hanyalah insan yang lemah yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Fyi, aku ni bukan jenis yang rajin nak menaip update every single thing that happen in my life. Nope. Nehi. Ok, tolakla time zaman jahiliah tu. Maybe sebab aku rasa benda tu semua tak penting. Or in an easier language, buang masa. I prefer to write about what's in my heart. Apa yang aku rasa. and Observation aku pada dunia keliling aku ni. 

Cita cita di hati nak menulis buku, tapi harommm tak ade progress pun. Maklumla, student medic kot. haha. Hah tengok alasan lagi. Tengoklah dulu. Kalau ade masa terluang in shaa allah akan di sambung. Kalau tak, memang tinggal menjadi angan angan la. Peace yaww.

Lots of Love, AE

Comments